Tuesday, 22 May 2012

GAMBAR SEKITAR KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD

Banggunan ini adalah tempat penginapan pelajar sepanjang tempoh pengajian.



Bilik Kuliah berada di tingkat bawah asrama pelajar

MAKLUMAT TAMBAHAN



Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana penama bermastautin.
Sila sediakan segala dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan pinjaman pelajaran.

SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN BENAR OLEH:

Ketua Kampung @ Penghulu, Pegawai Daerah yang mempunyai Cop Jawatan Rasmi ATAU
Semua Pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun dalam kumpulan A dan B seperti Pengetua dan Guru Besar sekolah ATAU
Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret, Peguambela & Peguamcara ATAU
Wakil Rakyat ATAU
Jaksa Pendamai (JP)

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, sila berhubung dengan :
Pegawai Pengambilan Pelajar  
Cik Nur Iman : 0196243341 ATAU email kepada : syiqaone@yahoo.com



DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN MARA



Gambar terkini berukuran paspot
Salinan surat tawaran kemasukan ke kolej
Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa/penjaga
Salinan sijil kematian ibu/bapa/penjaga (jika berkaitan)
Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa/penjaga
Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil
Salinan sijil berhenti sekolah
Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa/penjaga yang terkini .
Sebuah karangan perihal diri dan perancangan pendidikan dan kerjaya masa depan pelajar, lebih kurang 300 patah perkataan secara bertulis tangan yang kemas atau bertaip.
Salinan buku akaun simpanan CIMB (Cawangan Tampin).

Permohonan Pinjaman Pelajaran PTPTN

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN PTPTN:
Salinan surat tawaran kemasukan ke kolej
Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa/penjaga
Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa/penjaga yang terkini
Salinan sijil akademik SPM
Salinan buku akaun simpanan Bank CIMB (Cawangan Tampin).

PEMBIAYAAN PENGAJIAN

 Permohonan Pinjaman Bagi Pembiayaan Pengajian


Permohonan Pembiayaan Pinjaman Pelajaran MARA/PTPTN
Bagi Program Diploma Bagi pinjaman pelajaran (yuran pengajian & elaun sara diri), pihak kolej akan membantu mendapatkannya dari MARA / PTPTN.




PROGRAM PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA – DOMESTIK


Objektif
Untuk menghasilkan tenaga kerja mahir yang berketerampilan dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 dan 2 bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara - domestik.

Ringkasan Program
Program yang dijalankan merangkumi dua tahap iaitu:

C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – Domestik
C-010-2 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – Domestik

Persijilan

Pelatih yang mengikuti program ini akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap pembelajaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh Kursus
Tahap 1  : 6 bulan
Tahap 2  : 6 bulan


Kelayakan Masuk (Umum)
Memiliki SRP/ PMR
Memiliki SKM Tahap 1

Prospek Kerjaya
Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Usahawan dalam bidang berkaitan
Tenaga Pengajar di Institusi Latihan Kemahiran

PROGRAM ELEKTRIK


Objektif
Untuk menghasilkan tenaga kerja mahir yang berketerampilan dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 dan 2 bidang elektrik

Ringkasan Program
Program yang dijalankan merangkumi dua tahap iaitu:

C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah
C-051-2  Juruteknik Elektrik

Persijilan
Pelatih yang mengikuti program ini akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap pembelajaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh Kursus
Tahap 1  : 6 bulan
Tahap 2   : 6 bulan

Kelayakan Masuk (Umum)
Tahap 1     : Memiliki SRP/ PMR
Tahap 2     : Memiliki SKM Tahap 1

Prospek Kerjaya
Juruteknik Elektrik
Usahawan dalam bidang berkaitan
Tenaga Pengajar di Institusi Latihan Kemahiran

PROGRAM SISTEM MAKLUMAT



Objektif
Untuk menghasilkan tenaga kerja mahir yang berketerampilan dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3 serta Diploma Kemahiran Malaysia bidang sistem maklumat

Ringkasan Program
Program yang dijalankan merangkumi tiga tahap iaitu :-

IT-080-02  Pembantu Tadbir Sistem Maklumat
IT-080-03 Penyelia Tadbir Sistem Maklumat
IT-080-04 Eksekutif Sistem Maklumat

Persijilan
Pelatih yang mengikuti program ini akan memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia / Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap pembelajaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia

Tempoh Kursus
Tahap 2 : 6  bulan
Tahap 3 : 12  bulan
Tahap 4 : 15  bulan

Kelayakan Masuk (Umum)
Tahap 2 : Memiliki SRP/PMR
Tahap 3 : Memiliki SKM Tahap 2
Tahap 4 : Memiliki SKM Tahap 3

PROGRAM SISTEM KOMPUTER



Objektif 
Untuk menghasilkan tenaga kerja mahir yang berketarampilan dalam sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3 serta Diploma Kemahiran Malaysia bidang sistem komputer.

Ringkasan Program
Program yang dijalankan merangkumi tiga tahap iaitu :-
IT-020-2 Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
IT-020-3 Juruteknik Sistem Komputer
IT-020-4 Pembantu Eksekutif Sistem Komputer

Persijilan
Pelatih yang mengikuti program ini akan memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia / Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap pembelajaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia

Tempoh Kursus
Tahap 2  : 6  Bulan
Tahap 3  :12 Bulan
Tahap 4 :15 Bulan

Kelayakan Masuk (Umum)
Tahap 2  : Memiliki SRP/PMR
Tahap 3 : Memiliki SKM Tahap 2
Tahap 4  : Memiliki SKM Tahap 3

Prospek Kerjaya
Juruteknik Komputer
Juruteknik Sistem Rangkaian
Usahawan Dalam Bidang Berkaitan
Tenaga Pengajar Di Insititusi Kemahiran

Monday, 21 May 2012

KENAPA KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD (UTC)?

Pendidikan sempurna bermula disini :

1.Kolej yang unik serta menawarkan program dalam pelbagai bidang yang menjurus kepada kehendak industri.

2.Tenaga pendidik di UTC berkelayakan tinggi, kaya ilmu pengetahuan serta berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.


3.Program yang dijalankan di UTC memberi keseimbangan dari segi akademik dan kokurikulum bagi  membentuk jati diri yang mantap.

 4.Terletak di lokasi peranginan istimewa yang kondusif bagi proses pembelajaran.

 5.Pusat pengajian tinggi yang mensepadukan ilmu wahyu, akademik, kemahiran tinggi demi melahirkan insan dan pemimpin masa depan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

 6.Program yang dijalankan di UTC mendapat pengiktirafan dari MQA

 7.Penginapan siswa dan siswi yang selesa dan nyaman

 8.Pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi disediakan

9.Yuran pengajian yang berpatutan dan mampu dibayar oleh semua golongan

10.Bantuan kewangan dari pelbagai sumber disediakan bagi yang berkelayakan

11.Kakitangan kolej yang mesra pelanggan dan sentiasa ingin membantu

12.Salah sebuah IPTS yang mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 bagi penyediaan perkhidmatanpendidikan tinggi yang diberikan

13.UTC sentiasa memastikan kualiti pendidikan yang diberikan kepada pelajar adalah setanding dan setaraf dengan IPTA

14.Sebuah kolej yang sepenuhnya dimiliki oleh bumiputera melayu yang agresif dan patriotik

15.Graduan UTC diakui berpotensi dan menepati kehendak majikan

16.UTC mementingkan pembentukan modal insan yang cemerlang kepada pelajarnya dari segi jasmani emosi, rohani, dan intelektual melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

17.UTC diakui berpotensi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengorak langkah dengan lebih maju
untuk menjadi sebuah Kolej Universiti

18.Hasil didikan yang berterusan, UTC mampu menghasilkan pelajar cemerlang dan ianya meningkat pada setiap semester pengajian

19.Hubungan diplomatik UTC yang mesra dengan badan koporat dan sektor awam menjadikan UTC
sebuah IPTS yang dikenali

20.UTC merupakan sebuah IPTS yang menawarkan peluang pendidikan yang setanding dengan IPT kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian dengan kelayakan minimum

PENGENALAN KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD




  Kolej Teknologi Unifield merupakan sebuah kolej yang berkonsepkan "Kolej Dalam Pusat Peranginan" dikelilingi oleh keindahan dan kesegaran alam semulajadi. Konsep ini sememangnya sangat membantu para pelajar menjalani kehidupan sebagai seorang siswa yang berketerampilan, menguasai ilmu serta mampu membangunkan diri menjadi insan berguna di masa akan datang. Selain dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi, Kolej Teknologi Unifield juga terletak berhampiran dengan kawasan Taman Tema yang sentiasa mendapat kunjungan ramai.
  Kolej Teknologi Unifield dibangunkan di sebuah kawasan yang kondusif dan jauh dari hiruk-pikuk serta pembangunan metropolitan yang pesat. Ini menjadikan Kolej Teknologi Unifield adalah pilihan yang tepat sebagai sebuah pusat pendidikan dan sebagai penyediaan pelajar ke peringkat lebih tinggi.